Monday, May 8, 2017

NEW YORK (DAY 1)



Hai assalamualaikum

So hari ni nak cerita pasal first day kat New York. So kiteorg sewa AirBnB area Queens and Brooklyn. Pilih dua tempat sbb book org lain2 sbb nak guna promo and jimat almost 100 jugaklah. Yehuuu and alhamdulillah dua2 tempat selesa dan cantik.

Ok hari first basically kiteorg rehat je and sampai dari Philly naik MegaBus yang makan masa dua jam lebih. Time kiteorg sampai snow and jalan macam kotor and berair snow pun tak putih dah sbb org pijak.
Tunggu bas


Ok hari first lepas Subuh kiteorg siap2 and then gerak pergi Central Park. Central Park ni macam taman dalam bandar literally lah. Besar sangat and kiteorg tak jalan tempat tu sgt sbb sejuk giler. Even dah bulan 3. Sebelum tu beli pastries kat Paris Bauguette sbb lapar. 
Ingatkan dah habis winter


Lepas jalan kat Central Park, kiteorang pergi Madame Tussauds yang orang2 lilin tu. Dari dulu teringin nak pergi tk jumpa org betul jumpa org lilin jadilah kan. Beli tiket online sbb kurang $10 and kiteorg beli tiket kat Central Park sbb baru decide nak pergi sana time tu. Mula2 trip ni nak pergi tempat yang free je. Dasar cheapskate. So dalam tu best lah aku suka and menarik. Aku paling suka baca pasal bini JFK yang merupakan antara The First Lady yang cantik. Nicelah.
Kena scam

Eh

Fuyoo





Tapi sebelum masuk tu adalah maskot pakai Sesame Street tau lepas tu dia ajak gmbr so kiteorg ingatkan itu antara mcm attraction kat situ and then free lah ke apa sbb memang betul dpn entrance Madame Tussauds. Tapi malangnya lepas tangkp gmbr terus mintak duit. Kiteorg ckp takde cash. Fadilah ada and then dia bgi sorg tp rupanya setiap org nak. Dehek. Lepas tu kiteorg try larikan diri dan yeah berjaya so jangan percaya  kalau maskot nak tgkp gmbr tetiba ni eh. 

Then kiteorg pergi RASA kedai makanan malaysian. Decent lah tempat ni aku suka and pekerja dia sangat welcoming. Aku order nasi kerabu sbb aku dah lama teringin nak makan and air milo tabur. Fadilah pulak order mee udang and nasi ayam hainan. Sedap weh makanan dia! Haih hilang craving aku kat nasi kerabu. Nak buat leceh and takde masa. Even bayar mahal sikit pun takpelah. Sbb memang tujuan kiteorg dtg new york ni basically utk makan. Serius.




Lepas pergi RASA kiteorg pergi Magnolia Bakery. Ni antara famous Bakery kat sini and dia  punya signature dessert is banana pudding. So kiteorg beli banana pudding jelah. Alhamdulillah tak ramai orang and tak payah beratur macam apa aku tgok dalam vlog semua.



Dan lepas semua tu kiteorg balik rumah sbb basically dah cover semua tempat yang kiteorg schedule nak pergi. Malam tu kiteorg tengok Strong Woman Do Bong Soon sambil makan banana pudding dgn leftover kat RASA.

Tuesday, August 16, 2016

#FindingSoulinSeoul


Apa yang aku rindu tentang Korea?

Aku rasa Korea has been warm towards me masa aku datang sana hari tu. The ahjumma and ahjusshi semua baik baik even dorang tak pandai cakap English. Dorang berusaha seboleh mungkin nak tolong kiteorang yang muka memang blur habis ni dengan bawak beg berat lagi. The warm welcome yang kiteorang dapat especially masa kat Busan membuatkan aku inspired untuk layan semua tourist/traveller baik-baik if aku terserempak dorang kat mana-mana.

Plus, aku sangat kagum dengan fitness orang-orang tua kat sini. There's one day yang kiteorang sebenarnya takdelah sesat tapi mungkin sebab muka naturally blur kan so orang nampak macam kesian then ada sorang couple yang tua ni (suami isteri lah) tanya kiteorang nak pergi mana. Time tu kiteorang cakap nak pergi Myeongdong masa tu kat Namdaemun Market. So, dia dengan isteri dia bawaklah kiteorang jalan pergi Myeongdong. Fortunately, pak cik @ atuk tu pandai cakap English sebab isteri dia Korean yang lahir kat Chicago macam tu lah. And suprisingly, umur atuk dengan nenek tu is 75 @ 73 tahun weh tapi fit giler lah kate kau kiteorang yang jalan pun penat gak! And dorang baik giler sebab sanggup bawakkan kiteorang even time tu rasanya dorang heading to another place. Mekasihhhh semua!

Lepas tu aku bertekad bila tua nanti aku nak jadi sihat macam tu.  T_____T Harap bukan tekad je lah semata-mata. Fightinggg!

Sebenarnya banyak lagi benda nak tulis pasal benda yang aku rindu kat sana tapi tetiba blur gak. Its okay yang paling penting orang Korea semua baik-baik setakat yang aku jumpaaa! I miss Korea & harap boleh pergi next time insyaAllah :)

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik so that boleh travel banyak lagi tempat and belajar something from it dan kewangan yang banyak supaya boleh bawak mak ayah adik-adik semua sekali. Yelah tak bestlah kan pergi sorang-sorang je lepas tu dorang duduk rumah je kan sobs. Doakan aku cepat kaya tapi bila kaya tu jadi orang yang pemurah lah bukan kedekut.

Till then.

Assalamualaikum.
Busan Station


Kat tempat paling cantik-Oryukgo Skywalk

Atuk & Nenek Myeongdonggg

Dengan free tourist volunteer kat Gyeongbokgung Palace

Nami Islanddd

Kat Everland-selfie guna DSLR